twisted mind.



Abil, si alter ego. Sudah di ambang 21. Jaga-jaga, konten laman ini mungkin tidak seindah yang kau sangka.

Monday, June 20, 2016

Civilization

civ·i·li·za·tion
ˌsivələˈzāSH(ə)n/
noun
  1. the stage of human social development and organization that is considered most advanced.
    "they equated the railroad with progress and civilization"

Tamadun. Atau bahasa mudahnya, pembangunan. Teknologi. Penambahbaikan. Pemodenan. Moden. Canggih. 

Syed Muhammad Naquib Al-Attas, ahli falsafah tersohor, pemikir tegar dari Indonesia mendakwa bahawasanya tamadun ini merupakan "pencapaian tahap tatasusila yang tinggi, dan kebudayaan yang luhur". Malahan seorang sarjana Barat, Richard Sullivan mengakui dan menyokong kenyataan Syed Naquib dan menambah tentang kepentingan unsur kerohanian sebagai mercu tanda sesebuah tamadun yang unggul. 

Walhal, sarjana Barat lain seperti Darcy Riberio menolak mentah kenyataan kedua-dua ahli pemikir ini soal kerohanian dalam isu tamadun. 

Fikir sejenak.

Kita di abad 21, abad kononnya maju, membangun, moden, unggul. Teknologi merata dan melata. 

Jika ingin dibandingkan dengan tamadun tua yang berjaya membangun Angkor Wat, monumen agama yang ulung di satu ketika dahulu, kita diibaratkan kian bertamadun.

Tapi dari sudut yang diperkatakan Syed Naquib, kita bukanlah jagat yang bertamadun malahan kita makin mengundur. Mengapa?

Soalnya, manusia kian menolak tepi soal spiritual. Bahasa mudah, agama. Kita salahgunakan agama sewenangnya. Mana layaknya kita digelar "bertamadun"?

Atau mungkin kita lebih rela menyokong pandangan Barat. Iya lihat saja, cara pemikiran saja sudah di-kolonial-kan si Barat. 

Jangan dinafi. Iyakan saja. Ada benarnya kataku di mana-mana kenyataan di atas. 

Moga kita kian tidak sesat & menyesatkan dalam timbunan gadget ciptaan kalian.