twisted mind.



Abil, si alter ego.

Monday, October 13, 2014

Cantik

"Mesti sebab kau rasa kau cantik kan tu yang tajuk macam tu."

Gila. Aku? Cantik?


Dengar.

Persepsi homosapiens pasal cantik ni sememangnya tak menepati cita rasa aku betul la.
Semua orang cantik, tak kira lelaki atau perempuan (tapi aku lebih klasifikasikan cantik perempuan la, lelaki pergi mereput sana sebentar)

Kalau cantik, perlu kurus ke? Perlu anorexic ke?

Kalau cantik, perlu putih melepak bak awan di kayangan ke?
Kalau cantik, perlu ada spesifikasi tersendiri ke?

Ahh! 


Dengar.

Sayang, kau cantik. 
Tak perlu mahu lihat cermin beribu kali.

Kerna cantik yang hakiki,

Cantik pada roh mu, hati kamu.
Cantik rupa? Akhirnya tak kemana, sayang.

Terkadang, aku pun ragu-ragu juga. Namun, aku peduli apa. Cantik boleh bawa kau kemana?

Nanti di atas sana, si Ridwan sang malaikat setia tidak melihat parasmu untuk membuka pintu surga.