twisted mind.



Abil, si alter ego. Sudah di ambang 21. Jaga-jaga, konten laman ini mungkin tidak seindah yang kau sangka.

Sunday, December 14, 2014

Semalam

Dikejar bayang semalam.

Apa maksudnya?

Maksudnya aku takut.

Takut akan hari esok. 
Ataupun hari ini.

Takut jatuh lagi.

Tak, aku patut perbetulkan kenyataan itu.

Aku takut, sememangnya.
Bukan untuk jatuh lagi.

Tapi takut jika aku jatuh,
tiada yang sanggup berpatah balik untuk berdamping lagi. 

Takut jika aku jatuh untuk kau,
mungkin kau akan hanya berpaling dan berjalan pergi.

Dan sememangnya,
berpalingnya kau dari aku, perginya kau dari aku-
bagi aku itu satu petanda,
yang aku ini makin kalah,
kalah dengan arus hitam dunia.

Dan pada waktu itu, 
mungkin aku hanya mampu tunduk, 
diam dan duduk,
terpaku-
lihat kau makin jauh.