twisted mind.



Abil, si alter ego.

Wednesday, February 24, 2016

picisan berjaya

Tajuk: Antah Berantah [Istidraj Maharaja Beruk] 

Ingin hamba menuntun lidah
Cerita bermula dengan si Dara
Pewaris tunggal Antah Berantah
Gagal nasib dituntut bela

Zalim si Beruk merebut takhta
Ditulah ratu, seiras kera
Angkara durjana kepingin harta
Tanah makmur kian tercela

Oh Antah Berantah
Medan airmata
Arakian jadi cerita
Pewaris tak muncul tiba

Tersikap tabir batil hakiki
Antah Berantah bermimpi ngeri
Ternoda gadis menjadi mangsa
Dek kaisar mahu anakanda

Oh Antah Berantah
Gersang tinggal lalang
Cacamerba tak semena
Beruk terusan meraja 

--

Kolaborasi bersama Duckheads from Space, bersama-sama Hasrizal Haron sebagai penyusun melodi, khas untuk Tronoh Theater Shop, Universiti Teknologi Petronas. 

Sampai juga karya picisan hingga ke Jogjakarta.