Sistem edukasi.
Jujur nak kata, aku rasa education system kat Malaysia ni rata-rata menduduki carta paling atas dalam senarai The Suckest Education System ever exist. Taktahulah macam mana dengan negara luar tapi woi ni memang gila tahap 10! Bayangkan, aku hidup mencecah umur 16 tahun, digelar salah seorang pelajar dan pencinta Biologi (so-called). Aku memang tertarik dengan Biologi walaupun sebenarnya obsesi aku bukanlah ke arah organisma hidup mahupun sistem kitaran organisma. Memang tahap keterujaan sangat tinggi bila belajar Biologi, sangat mencabar dan mengasak minda sebenarnya. Tapi yang terfaktabnya, aku rasa aku menimba ilmu kini hanya semata nak jawab SPM, mahupun apa-apa kertas peperiksaan. Bodoh tahu bodoh? Macam tak ikhlas langsung nak menimba ilmu, sebab alasan nak belajar hanya nak lulus SPM, hanya nak lulus peperiksaan yang 25 tahun akan datang orang takkan tanya dah bila kau dah bekerja, ada anak dan sebagainya. Yang kau akan simpan sahaja kertas keputusannya nanti dalam laci sampailah bercucu-cicit nanti. Nampak tak? Dunia sekarang mengasak kita menjadi seekor lembu, bila ditarik hidung, hanya akur.
Dialog guru-guru dalam kelas, "Class, you should answer this question like this in the paper, you need to write it with the details," Nampak tak? It's all about 'the details'. Semua benda nak spesifik, semua benda nak kena ada spesifikasi masing-masing. Aku tak berapa kisah sebenarnya pasal itu, memang adatlah belajar cabang Sains. Tapi kalau dah ambil masa nak satu bab yang panjang dalam masa sebulan sahaja, kepala hotak dia nak ingat semua details! Dude, we ain't a robot! Okay, mungkin boleh revisi balik kemudian ingat semua benda. Tapi agaklah, sehebat mana pun otak manusia, kita takkan tidak pernah lalai dan lupa. Dan ekoran daripada 'the details' itu jugaklah, semua terfikir-fikir, tercari-cari metodologi nak ingat semua benda, sama ada nak rebus buku dan minum airnya ataupun pergi bertapa dalam 7 gua 40 hari 40 malam.
Ditambah lagi dengan segala eseinya, 1 soalan 10 markah. 10 markah, 10 isi. Takde 10 isi, takde 10 markah. Soalan itu pula hanya menjurus kepada sesuatu perkara, dan kau kena hurai dengan penuh butiran. Contoh, kau nampak seseorang berjalan. Kau kena huraikan individu tersebut. 10 markah. Segala jenis butiran kena ada, dari segi cara berjalan, warna baju, jenis rambut apakejadah haram semua depa nak kita hurai. Termasuk dengan warna panties dia kalau kau tahu.
Semua orang kata, Malaysia is too exam-oriented! Memang pun. Sampai aku rasa tahun 2012 ni tahun paling seksa. Pegi mati dengan orang-orang yang kata tahun Tingkatan 4 ni 'honeymoon year'. Mahu saja aku rendam kepala dia dalam Clorox.
Tak tambah lagi dengan sistem yang dengar cerita dah diperbaharui, aku tak faham sebearnya perbaharui ke atau mem-barua-kan lagi sistem. Budak-budak Tingkatan 1 tahun ni katanya ada 'open-book test', kes istimewa bagi subjek Sejarah sahaja. Cuba bayangkan, kita belajar Sejarah untuk hargai peristiwa lama dan tahu asal-usul kita supaya kita sentiasa berpijak atas bumi nyata. Tapi kalau dah ujian Sejarah dah jadi 'open-book test', apa guna belajar lagi? Subjek-subjek lain pun lebih kurang, tapi bukan 'open-book test' lah. Aku tak berapa faham perubahan sistem sekarang, mungkin sebab aku bukan dalam rangkaian umur yang menghadap sistem baru ni. Jadi kalau ada kesilapan maklumat di mana-mana, minta maaf banyak-banyak. Aku dengar ni pun dari salah seorang cikgu sekolah yang agak tensi dengan sistem baru.
Mana pergi kata-kata, "menimba ilmu biar ikhlas," ? Aku tak rasa aku menimba ilmu sekarang ni hanya ikhlas lillahi Taala. Jujur dari hati. Aku anti betul keadaan macam ni. Keadaan di mana aku perlu akur dengan kehendak orang sekeliling. Aku memang seorang yang sangat suka rebel dan impulsive. Dan nampaknya keadaan diri aku memang tak sesuai dengan dunia sekarang sejak azali lagi. Dulu bagi aku, "learning is a fun thing to do," atau "hey we gonna learn new things today," dan bagi aku belajar benda baru ialah benda yang sangat menyeronokkan sebab kau belajar. Tapi sekarang? Kau belajar hanya untuk lulus peperiksaan, hanya untuk mencapai target markah. Hanya markah dan gred yang diambil kira. Mana pergi keterujaan untuk menghadap benda baru? Dan yang paling penting, mana pergi rasa bersyukur kita bila mengetahui ilmu dan kuasa Tuhan yang Maha Luas sedangkan kita sendiri hanya memahami semata untuk menjawab kertas peperiksaan?
P/s : Nota untuk diri sendiri.