Sudah tidak betah untuk menulis lagi. Idea sudah kontang. Mungkin aku terlalu kejar duniawi hingga aku lupa pada rohani yang makin menghambat untuk menulis. Aku lupakan segalanya, aku hanya diam tak mampu untuk terus bicara.
Pada mereka yang tertancap matanya pada blog yang kian merapuh ini, terima kasih kerana masih menemani.
Pada mereka yang sudah pergi, aku mengerti. Ya sudah kita tamatkan saja di sini.
2 tahun nampak seperti terlalu lama untuk menyepi, namun sejujurnya aku seperti introvert selama 24 bulan itu.
Apa yang aku boleh berlaku jujur di sini, aku bukan aku yang dulu. Tahun ini mungkin tahun yang sukar bagi aku semata kerana aku diperlukan untuk sentiasa berlaku tunduk dan tidak bisa lagi untuk bersikap impulsif dan memberontak seperti dulu.
Aku perlu jujur, aku benci saat aku perlu tunduk dengan benda-benda bodoh yang sememangnya perlu untuk aku berontak.
Apa yang pasti, usai sahaja 2013, tanduk aku pasti bercambah semula, namun aku perlu tumpulkan ia. Ya, harus.
P/s : aku ini bukan orang-orang yang layak memimpin. Namun, roh aku seperti bercakaran di dalam untuk keluar dan bersuara dan kata tidak untuk segala benda. Faktor utama yang menyebabkan aku langsung tidak sesuai untuk dunia. Hmm. Salahkah aku?