twisted mind.



Abil, si alter ego. Sudah di ambang 21. Jaga-jaga, konten laman ini mungkin tidak seindah yang kau sangka.

Sunday, July 26, 2015

salam alaykum pada hati yang makin gelisah

Aku mahu khabarkan sebarang dua perihal satu keping hati ini
Yang mudah benar untuk dirobek dan dicantum semula
Makin lama hati ini makin putus asa
Untuk mencari si polan yang bersungguh
Ingin menjaga satu keping hati ini yang makin rapuh

Waktu langit menangis hati ini turut terkesan jua
Seumpama langit dan hati ini sudah bersatu jiwa raga
Lantas pabila si hati mula rasa rawan
Langit turut bertukar warna
Makin suram, makin hitam, makin kelam
Simbolik si hati yang berduka lara
Makin duka, makin kelam warna lantai langit
Dari biru jadi kelabu
Dari cerah jadi haru biru harmoninya

Aku hanya mahu simpulkan satu perkara
Hati ini hati yang sudah diranap, dirobek, dijahit berkali-kali
Sudah dikecaikan semudah yang engkau jua tidak sangka
Mudah benar untuk terluka semula

Jadi, aku hanya mahu tanya
Jika hati ini aku beri pada satu antara kalian
Mungkinkah kalian masih ingin mahukannya?
Mungkin jua hati yang hina dina ini kalian sanggup untuk bantu aku tampal dan jahit kembali compang yang lama?
Mungkin?