twisted mind.



Abil, si alter ego. Sudah di ambang 21. Jaga-jaga, konten laman ini mungkin tidak seindah yang kau sangka.

Sunday, August 23, 2015

purata

Kamu tahu apa maksud purata? Sederhana, tipikal. Untuk lingua yang lebih mudah, purata ini tidak punya apa-apa yang istimewa. Tidak diingati. Hanya, sedang-sedang saja. Bak angin sepoi, akan kamu rasa hadirnya tapi bila sepoi diam, kau lupa yang pernah kesekian kali dia sering bertandang untuk mendinginkan hati-hati kamu yang sedih.

Purata itu aku. 

Tipikal itu aku. 

Sederhana itu aku.

Aku ialah gadis yang kamu jumpa di seberang jalan menunggu bas sambil kertas usang dan pena di tangan, dan hilang tanpa kamu sedar.

Aku ialah gadis yang berselindung di balik para-para kalam ilmu atau di balik rak berisi madah-madah rindu pengarang kisah romantis di dalam toko-toko buku lama. 

Aku ialah gadis yang tersenyum sambil merenung sipu pada kamu di balik satu cawan kecil kopi putih terisinya segumpal aroma berbau kaffein yang mudah benar bikin ketagihan sambil melewati tingkap melihat renyai hujan. 

Aku ialah gadis yang gemar menarikan jari-jemari di atas mesin taip lama, mengarang tulisan remeh sambil terbuai dengan irama-irama muzik Blues atau hanya sekadar irama yang mampu jadi pendamai bagi jiwa yang gulana. 

Aku ialah gadis tipikal yang kau tidak duga akan hadirnya. Tapi, akan jadi mudah langsung bagi kamu untuk lupa perihal gadis ini.

Aku hanya sekadar purata.