twisted mind.



Abil, si alter ego.

Saturday, December 12, 2015

kepura-puraan yang nyata

Ada satu sifat khalifah Tuhan yang antara paling cela. Pura-pura. Kata ganda yang terlalu sinonim dengan hipokrasi atau talam dua muka. Kasihan pada talam, cela manusia dia yang terima padah. Apa entah dosa talam pada umat Melayu dulu hingga muncul pepatah seumpama itu.

Abu Hurairah r.a mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,
"Kamu mendapati antara manusia yang terjahat adalah yang 'bermuka dua'; ia mendatangi kelompok ini dengan satu wajah dan mendatangi kelompok yang lain dengan wajah yang lain."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Konklusi? Sifat hipokrasi adalah sifat munafik yang nyata. 

Dasar manusia, fikir dia sahaja yang betul. Hingga sifat munafik yang patutnya celaka baginya dijadikan persalinan seharian. Hidupnya penuh pura-pura. Janggal, bagi aku amatlah memenatkan untuk hidup takat berpura-pura. Lemas, lemas dalam penipuan.

Tapi itu hanya pada aku, pendosa tegar yang sama saja seperti kamu. Mahu terima atau tidak, kau saja yang tentukan.