twisted mind.



Abil, si alter ego.

Friday, April 8, 2016

angan nyata

Angan jadi mimpi
Mimpi kian tidak pasti
Sementelahan hujan kian merunduk rindu
Pada hadir insani pemimpi 

Sifat manusia
Hingga Jenin tewas dalam angan nan menggungung tinggi
Mahu bermimpi
Mahu menggapai langit
Walakin tidak mahu bergerak maju
Tidak mahu menganjak pergi
Tidak betah mengubah persepsi

Angan mahu jadi nyata
Bukan hanya takat fatamorgana
Sang pemimpi
Moga kalian temu jalan kembali

Sang pemimpi yang tidak gentar
Nakhoda pada minda yang menebar
Langsung saja, teruskan berlayar.